Kegiatan Lain Kang Daniel

Perniagaan

Pada bulan Jun 2019, Kang menubuhkan dua syarikat yang berasingan namun berkaitan yang bernama Konnect Entertainment dan KD Corporation. Nama Konnect Entertainment adalah gabungan perkataan "Korea" dan "connect". Dia secara sah didaftarkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk kedua-dua syarikat. Kegiatannya dalam industri hiburan dikendalikan oleh Konnect dan semua aktiviti berkaitan perniagaan lain dikendalikan oleh KD Corporation. KD Corporation merancang untuk berkembang ke pelbagai cabang perniagaan pada masa hadapan. Pada Februari 2020, sebuah kafe yang terletak di tingkat pertama bangunan Konnect Entertainment di Seoul dibuka secara rasmi untuk memulakan aktiviti perniagaan. "Cafe De Konnect" mengadakan acara pembukaan pada 19 dan 20 Februari untuk peminat sebelum dibuka secara rasmi kepada umum pada 21 Februari. Acara ini membolehkan 100 peminat mendapat minuman percuma setelah menunjukkan kad keahlian mereka dari kelab peminat rasmi Kang Daniel.

Pengiklanan

Setahun selepas memulakan kerjayanya, Kang Daniel menjadi salah satu selebriti bernilai tinggi dalam industri pengiklanan di Korea Selatan, dilaporkan membuat kontrak 1 bilion won (US $ 860,000) setiap tahun. Dari tahun 2017 hingga 2018, beliau mendapat banyak tawaran pengiklanan, mulai dari kosmetik, pakaian, elektronik hingga kacamata.

Pada 12 Jun 2019, beliau dilantik sebagai duta kehormat Busan. Beliau dipilih melalui acara pada bulan April yang membolehkan warga Busan memilih orang yang mereka anggap paling sesuai untuk mempromosikan bandar tersebut. Upacara rasmi diadakan pada 9 Julai 2019 di Stadium Baseball Sajik di mana beliau mendapat mandat dari datuk bandar. Pada hari yang sama, beliau dipilih untuk menjadi pelempar pertama untuk pertandingan Lotte Giants. Tidak lama selepas debut solonya pada bulan Julai 2019, Kang menjadi model untuk KT Corporation, syarikat telefon terbesar di Korea Selatan.Dianggap berjaya, kerjasama mereka menghasilkan penjualan 68,000 unit dan meningkatkan rekod pra-tempahan KT sebanyak 45%. Beliau juga menjadi model untuk restoran Mexicana Chicken. Pada 17 September, diumumkan bahawa beliau dipilih sebagai model jenama Givenchy Beauty. Dalam pemotretan untuk majalah Elle edisi Oktober, beliau memamerkan pelbagai gaya dengan menggunakan produk bibir dari jenama mewah Le Rouge. Pada 27 September, Subway Korea mengumumkan bahawa Kang Daniel akan menjadi model iklan baru yang mempromosikan Signature Wraps mereka. Tidak lama kemudian, beliau terpilih sebagai wajah baru Calvin Klein Jeans. Di samping itu, jenama bagasi premium, Rimowa, mendedahkan koleksi baru mereka dengan kerjasama Kang Daniel melalui gambar dan video di Elle dan Esquire.
Pada Januari 2020, diumumkan bahawa beliau dipilih sebagai duta baru untuk jenama pakaian sukan Jerman, Puma. Pada akhir bulan yang sama, produk kolaborasi pertama Puma dan Kang Daniel, "RS-X Cube", dilancarkan sebagai sebahagian daripada koleksi RS (Running System) Puma yang terkenal. Untuk meraikan kerjasama tersebut, Puma melancarkan acara promosi luar talian di gedung-gedung yang dinamakan "KD CUBE ROOM". Pengunjung dapat menikmati kandungan eksklusif seperti video yang belum diterbitkan, barang jualan baru, dan panggilan video maya dengan Kang Daniel. Pada Februari 2020, diumumkan bahawa beliau akan bekerjasama dengan perkhidmatan emoticon KakaoTalk, Kakao Friends. Sebelum ini Kang Daniel terkenal sebagai orang yang mirip dengan "Apeach". Beliau juga diberi julukan "Baby Peach" dan selalu dikaitkan dengan watak Apeach dari siri Kakao Friends Muzi. Direka oleh Kang sendiri, koleksi kolaborasi yang disebut "Apeach Kang Daniel Edition" memaparkan barang-barang yang termasuk dalam kategori mainan, fesyen, dan barang untuk peminat itu dilancarkan secara rasmi di Korea dan global pada 7 dan 21 Februari. Sebagai tambahan kepada barang-barang ini, KakaoFriends juga mengeluarkan menu minuman dan pencuci mulut edisi terhad, yang dijual di tiga kafe termasuk Cafe De Konnect milik Kang Daniel.

Fesyen

Pihak industri telah mengatakan "Walaupun industri fesyen berada dalam kemerosotan, Kang Daniel sebagai model masih dapat membuat orang lain membelanjakan wang", dengan menyatakan bahawa "Bayarannya adalah yang tertinggi di antara selebriti yang sedang meningkat naik". Selepas debutnya, beliau dengan cepat menjadi salah satu selebriti yang paling dicari di antara jenama mewah seperti Chanel, Louis Vuitton, Calvin Klein, dan Cartier dan menjadi model untuk mereka.

Pada bulan Januari 2018, dua bulan setelah Kang Daniel dilihat memakai jaket rekaan Los Angeles Project (LAP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, telah diumumkan bahawa beliau menjadi model rasmi jenama fesyen tersebut. Jurucakap jenama tersebut menyatakan, "Setelah Kang Daniel memakai jaket kami, sambutan yang kami terima sangat positif". Mereka menambahkan, "Produk itu habis terjual dan melalui tujuh kali pengeluaran yang membuatkan kami sebulat suara memilihnya sebagai model kami". LAP mempercayai kehadirannya yang berpengaruh dalam dunia fesyen dan melancarkan koleksi pakaian jalanan yang baharu bernama "Kang Daniel's Pick - Edition" agar lebih sesuai dengan gayanya. Kejayaan koleksi ini dilihat berjaya dan mendorong ke arah pembukaan kedai pop-up Daniel's Pick LAP di Jepun dan Korea. Pada bulan Jun 2018, beliau terpilih sebagai model terbaru Chanel Fine Jewelry. Beliau berkolaborasi dengan jenama mewah Perancis itu untuk majalah Elle edisi Julai yang terbukti berjaya kerana penjualan untuk terbitan ini mencapai tahap yang sangat mengagumkan.

Pada bulan Mac 2019, Kang Daniel sekali lagi menjadi penghias muka depan untuk majalah Elle yang mengiktiraf Louis Vuitton sebagai ikon gaya baru mereka. Beliau dan aktres, Bae Doona, dipilih untuk mempromosi beg tangan dari jenama Louis Vuitton, Twist. Promosi baru ini dilancarkan melalui gambar dan video di laman web rasmi jenama Elle seminggu menjelang pembukaan kedai pop-up Louis Vuitton Twist Bag di Seoul. Ini merupakan pertama kalinya Louis Vuitton membuka kedai pop-up di Korea. Pada bulan September 2019, Kang Daniel dipilih untuk menjadi penghias muka hadapan untuk majalah fesyen Arena Homme+ dan Vogue. Untuk dua versi muka hadapan Arena Homme +, beliau dilihat memodelkan beberapa pakaian dari koleksi Juste un Clou dari Cartier setelah dipilih sebagai ahli kumpulan duta untuk "Maison Cartier". Menurut majalah itu, mereka dapat merasakan "Kang Daniel Power" ketika penjualan pra-pesanan meningkat setelah berita bahawa beliau menjadi penghias muka hadapan diwar-warkan. Selain itu, Kang Daniel dipilih sebagai model iklan untuk Calvin Klein Jeans. Jenama fesyen antarbangsa itu menyatakan, "Calvin Klein menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini, dan bersama-sama dengan Kang Daniel, kami berharap dapat memperingati 50 tahun yang bersejarah ini dengan cara yang bermakna." Kerjasama mereka dapat dilihat dalam majalah fesyen High Cut edisi Oktober 2019 kerana Kang Daniel adalah penghias muka depan untuk empat versi yang berbeza, dengan beliau memperagakan pakaian Calvin Klein Jeans.

Dermawan

Pada 12 Jun 2018, beliau mengambil bahagian dalam Ice Bucket Challenge untuk mempromosikan kempen kesedaran ALS dan juga menyumbangkan 2 juta won ($ 1,730). Dua hari kemudian, Yayasan Harapan Seungil melaporkan laman web mereka 'crash' kerana terlampau ramai yang mengakses pada masa yang sama dan terdapat hampir seribu sumbangan sejak Kang Daniel mengambil bahagian dalam 'challenge' tersebut. Pada bulan November 2018, jurugambar, Cho Sei-hon memilih Jung Woo-sung dan Kang Daniel sebagai dua orang yang menurutnya mempunyai pengaruh positif di Korea Selatan untuk pameran terakhir Letter from Angels, kempen kesedarannya yang telah berlangsung selama 16 tahun.

Melalui Hope Bridge Disaster Relief, Kang Daniel telah menyumbangkan million 30 juta ($ 26,000) untuk didermakan kepada mangsa Kebakaran Goseong April 2019. Hope Bridge melaporkan telah melaporkan pada bulan Mei, sumbangan yang dibuat atas nama beliau mencapai angka ₩ 180 juta ($ 155,000). Pada awal Disember, Kang merakam nada dering dengan KT untuk orang yang mengalami masalah pendengaran atau pertuturan sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (IDPWD). Menjelang Krismas, Kang menyumbangkan 30 juta won atas nama kelab peminatnya kepada The Snail of Love, sebuah kumpulan kebajikan sosial untuk orang pekak dan kurang keupayaan pendengaran. Konnect juga menyumbang 31,000 briket melalui bank briket sebagai ucapan terima kasih kepada peminat kerana membantu mereka yang memerlukan pada hari ulang tahun Kang

Pada 28 Februari 2020, Kang memberikan sumbangan peribadi sebanyak 50 juta won ($ 41,000) kepada Hope Bridge Disaster Relief untuk digunakan untuk membeli barang seperti topeng kesihatan dan pembersih tangan untuk mencegah penyebaran COVID-19. [119] Setelah Konnect dihubungi untuk mengesahkan berita itu, Kang menyatakan melalui agensinya, "Saya ingin menghulurkan bantuan kepada kakitangan perubatan yang sedang berjuang". Pada 17 April, Kang Daniel pergi ke pejabat The Snail of Love untuk mengunjungi kanak-kanak pertama daripada sepuluh kanak-kanak yang akan menerima implan koklea di bawah namanya dan nama kelab peminatnya. Satu majlis diadakan kerana gabungan sumbangan mereka melebihi million 99 juta ($ 81,000).

Rujukan

WikiPedia: Kang Daniel http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20170618000... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20190610000... http://entertain.naver.com/read?oid=311&aid=000076... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://prpm.dbp.gov.my/ https://www.sbs.com.au/popasia/blog/2018/08/07/8-i... https://www.sbs.com.au/popasia/blog/2019/07/30/kan... https://www.hanteochart.com/ https://www.youtube.com/watch?v=Ee6ejnDQtCk